学校历史

Sebelum perang, terdapat 2 buah sekolah rendah Cina di Durian Tunggal. Selepas perang, kedua-dua buah sekolah tersebut bergabung dan diberi nama Sekolah Sin Wah

1946 : Bangunan sekolah merupakan sebuah ruma atap dan papan berlokasi di Padang Keladi.

1952 : 4 buah bilik darjah telah dibina di alamat sekarang.

1962 : Bilangan murid semakin bertambah, 4 buah lagi bilik darjah dibina.

1978 : Penambahan sebuah bilik darjah.

1980 : Kantin sekolah dibina.

1984 : Penambahan 4 buah bilik darjah. Semua murid belajar pada sesi pagi sahaja.

1985 : Perpustakaan sekolah dibina.

1989 : 4 buah bilik darjah runtuh akibat beberapa batang pokok runtuh disebabkan rebut taufan. 3 buah bilik darjah sementara dibina.

1989 : Memperolehi peruntukan sebanyak RM 100,000.00 dari Kementerian Pendidikan. Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG membuat keputusan untuk membina bangunan baru 2 tingkat: tingkat bawah adalah 4 buah bilik darjah manakala tingkat atas merupakan pejabat bilik APD dan Pusat Sumber.

1991 : Bangunan baru siap dibina. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 240,000.00. Bilangan murid sebanyak 305 orang, guru seramai 22 orang dan 4 orang kakitangan sekolah.

1999 : Dewan sekolah siap dibina atas kerjasama Kementerian Pendidikan, LPS dan PIBG.

2002 : Sekolah dinaiktaraf menjadi Gred A.

2003 : Pertunjukan Aerobatic dari Negara China, anjuran LPS & PIBG sekolah untuk pungutan Pusat Sumber dan Kantin Sekolah.